SUKAN

Gakpo pilih kekal bersama Belanda hadapi Maghribi walau diuji kehilangan anak

MONTERREY – Penyerang Belanda, Cody Gakpo memilih untuk terus kekal bersama skuad The Oranje bagi kempen Piala Dunia 2026 meskipun sedang berdepan detik peribadi yang sukar selepas kehilangan bayi dalam kandungan pasangannya.

Gakpo dan pasangannya, model Noa van der Bij, sebelum ini berkongsi berita duka mengenai kematian bayi lelaki mereka yang belum dilahirkan pada Sabtu lalu.

Pasangan berkenaan difahamkan telah mengumumkan kehamilan tersebut bulan lalu, dengan jangkaan bayi mereka dilahirkan pada Oktober ini, malah bayi itu sepatutnya diberi nama Elijah Raphael Gakpo.

Ini merupakan anak kedua pasangan tersebut selepas dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Samuel yang kini berusia dua tahun.

Menurut laporan ESPN, pemain Liverpool itu membuat keputusan untuk tidak meninggalkan kem latihan Belanda dan sebaliknya kekal bersama pasukan untuk meneruskan cabaran di kejohanan berprestij berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Belanda turut menzahirkan rasa simpati serta memberikan sokongan penuh kepada Gakpo dalam menghadapi ujian berat tersebut.

Dalam pada itu, Belanda yang muncul juara Kumpulan F dengan rekod dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dijadualkan menentang Maghribi dalam aksi pusingan 16 terbaik di Monterrey, Mexico, pagi esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button