SUKAN

Kepulangan Neymar ke skuad Brazil cetus trend unik nama bayi

SAO PAULO – Penampilan semula Neymar dalam senarai akhir skuad Brazil ke Piala Dunia 2026 mencetuskan fenomena luar biasa apabila beberapa ibu bapa memilih menamakan bayi mereka sempena nama bintang Selecao itu.

Menurut data yang diterbitkan portal g1 menerusi Persatuan Pendaftar Sivil Negeri São Paulo (Arpen), lima bayi didaftarkan dengan nama ‘Neymar’ di lima negeri berbeza sejurus selepas pengumuman rasmi skuad Brazil pada 18 Mei lalu.

Pendaftaran itu direkodkan di bandar Simões Filho, Curitiba, Rio de Janeiro, Praia Grande dan Centenário.

Secara keseluruhan, sebanyak 25 bayi di Brazil diberikan nama Neymar sepanjang tahun 2026 setakat ini.

Lima pendaftaran yang dibuat dalam tempoh singkat selepas pengumuman skuad kebangsaan itu mewakili hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran nama berkenaan tahun ini, sekali gus menggambarkan pengaruh segera penyerang berusia 34 tahun itu terhadap rakyat Brazil.

Bagaimanapun, data sejarah Arpen menunjukkan penggunaan nama ‘Neymar’ sebenarnya terus mencatatkan penurunan secara konsisten dalam setiap edisi Piala Dunia sejak beliau memulakan kerjaya profesional.

Bagi tempoh antara 2022 hingga 2026, sebanyak 142 kanak-kanak di Brazil didaftarkan menggunakan nama tersebut.

Walaupun trend keseluruhannya menunjukkan penurunan, kemunculan semula Neymar dalam senarai skuad Piala Dunia 2026 dilihat berjaya membangkitkan semula sentimen dan keterujaan penyokong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button