Piala Dunia: Haaland pulang tanpa trofi, bawa balik rakun wiski
OSLO – Erling Haaland terpaksa melupakan impian membawa pulang trofi Piala Dunia bersama Norway, namun penyerang sensasi itu tetap mencuri perhatian apabila pulang ke tanah air dengan membawa cenderamata unik berupa patung rakun memegang botol wiski.
Norway menamatkan kempen Piala Dunia mereka di suku akhir selepas tewas 1-2 kepada England, sekali gus menghentikan perjalanan skuad itu yang sebelum ini tampil cemerlang sepanjang kejohanan.
Haaland gagal mencetak nama selaku penjaring ketika menentang pasukan kendalian Thomas Tuchel itu, walaupun tampil sebagai antara pemain paling menyerlah dengan tujuh gol dalam lima perlawanan sebelum itu.
Selain aksi di atas padang, bintang Manchester City tersebut turut menjadi perhatian peminat sepanjang berada di Amerika Syarikat menerusi personaliti dan gelagatnya di luar padang.
Sekembali ke Norway selepas tersingkir, pemain berusia 26 tahun itu dilihat membawa patung rakun hiasan yang memegang botol wiski, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat di media sosial.
Gambar Haaland membawa patung rakun hiasan itu turut dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya, sekali gus mencuri perhatian peminat yang memuji sisi santai serta keperibadian unik penyerang berkenaan di luar padang.
Patung yang dikenali sebagai ‘Whiskey Raccoon H-MT-F’ itu dilaporkan bernilai sekitar £560 (kira-kira RM3,042).
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi minat mengambil susu lembu mentah serta makanan berasaskan organ dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang.
Dia juga dilaporkan melakukan 1,000 bangkit tubi setiap hari, menjalani terapi ais dan sauna hampir setiap hari, selain mengamalkan tabiat menampal mulut ketika tidur bagi menggalakkan pernafasan melalui hidung.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








