BERITA SEMASALUAR NEGARASUKAN

Piala Dunia 2026: Lebih sejuta tiket telah terjual – FIFA

PARIS – Lebih satu juta tiket Piala Dunia 2026 sudah terjual selepas berakhirnya fasa pra-jualan eksklusif Visa, yang berlangsung sejak pertengahan September.

Menurut Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA), peminat dari 212 negara dan wilayah membeli tiket dalam tempoh pra-jualan itu, dengan tuan rumah iaitu Amerik Syarikat, Kanada dan Mexico menjadi penyumbang utama permintaan

Negara lain yang mencatat permintaan tinggi termasuk England, Jerman, Brazil, Sepanyol, Colombia, Argentina dan Perancis.

“Hari ini kita meraikan kejayaan melepasi angka sejuta tiket selepas fasa pra-jualan Visa bukti jelas bahawa Piala Dunia paling besar dan inklusif dalam sejarah sedang mencetuskan keterujaan global,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Buat masa ini, sebanyak 28 pasukan sudah layak ke kejohanan yang bakal menampilkan 48 negara dan 104 perlawanan di 16 bandar raya merentasi tiga negara tuan rumah.

Piala Dunia 2026 akan mencatat sejarah sebagai kejohanan pertama yang dianjurkan serentak oleh tiga negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button