Seville tamat kemarau 10 tahun, kembalikan kejuaraan dunia buat Jamaica
TOKYO – Oblique Seville melakar sejarah apabila menghadiahkan Jamaica gelaran dunia 100 meter lelaki pertama selepas 10 tahun, sekali gus menunaikan impian beraksi di hadapan idolanya, Usain Bolt
Legenda pecut Jamaica itu yang memiliki 11 gelaran dunia dan lapan pingat emas Olimpik dilihat begitu teruja menyaksikan Seville menamatkan larian di Stadium Nasional Jepun dengan catatan terbaik peribadi 9.77 saat.
Bolt sebelum ini merupakan atlet lelaki terakhir Jamaica yang meraih kejuaraan dunia menerusi kemenangan berganda 100m dan 200m pada Kejohanan Dunia di Beijing 2015.
Kejayaan Seville turut disusuli Kishane Thompson yang membawa pulang perak dengan masa 9.82 saat, menjadikan Jamaica melakar penamat 1-2 buat kali pertama dalam kejohanan utama sejak Olimpik 2012.
Juara bertahan dari Amerika Syarikat, Noah Lyles pula sekadar meraih gangsa selepas mencatat 9.89 saat.
Dalam pada itu, Lyles yang juga juara Olimpik mengakui kecederaan yang dialami awal musim menjejaskan persiapan dan prestasinya kali ini.
Sementara itu, Thompson yang sebelum ini memenangi perak Olimpik di belakang Lyles pada Sukan Paris tahun lalu berkata, pengalaman beraksi di pentas besar banyak membantu menambah keyakinannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








