POLITIK

PRN Johor: WAWASAN tidak letak calon

CYBERJAYA – Parti Wawasan Negara (WAWASAN) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Bagaimanapun, Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin  berkata, partinya akan meletakkan calon pada PRN Negeri Sembilan nanti, lapor SH Online.

“Tidak sertai tidak bermakna tidak sokong mana-mana calon. Kita sokong barisan calon-calon yang layak untuk menguruskan negeri Johor pada masa akan datang.

“Ini saya akan umumkan selepas Majlis Tertinggi (Perikatan Nasional) bersidang tidak lama lagi untuk menyatakan siapa yang akan kita sokong,” katanya, hari ini.

Isnin lepas, WAWASAN dan PEJUANG diterima sebagai ahli komponen Perikatan Nasional (PN).

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, PEJUANG akan bertanding di Bukit Gambir pada PRN Johor manakala WAWASAN  tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai dan 1 Ogos masing-masing sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button