BERITA SEMASA

Kampung Long Bemang dilanda banjir, 103 rumah terjejas

MIRI – Seramai 608 penduduk daripada 103 buah rumah di Kampung Long Bemang terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak petang semalam.

Menurut laporan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang, banjir mula melanda kawasan tersebut pada pukul 3.45 petang, 12 Jun lalu, dan setakat pukul 6.44 pagi tadi, paras air dilaporkan masih menunjukkan trend peningkatan.

Keadaan cuaca yang masih mendung kini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk bahawa paras air akan terus meningkat sekiranya hujan berterusan.

Difahamkan, antara punca utama banjir ialah hujan berterusan sejak beberapa hari lalu dan kedudukan rumah yang hampir dengan tebing sungai antara punca utama situasi tersebut.

Walaupun ratusan penduduk terjejas akibat banjir, tiada sebarang perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan setakat ini, dengan kesemua mangsa masih kekal berada di kediaman masing-masing.

Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang bagaimanapun menasihatkan penduduk yang terjejas supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan paras air serta bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan menjadi lebih buruk.

Pihak berkaitan juga terus memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin sepanjang tempoh banjir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button