Berita Semasa

Pemandu rentung, kereta rempuh pembahagi tol

MANJUNG – Seorang pemandu rentung selepas kereta dipandunya terbakar akibat merempuh konkrit pembahagi laluan di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

Pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat kejadian jam 11.25 malam dan mendapati sebuah kereta jenis Toyota SE terbabit nahas.

“Seorang mangsa terperangkap dalam kenderaan terbabit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button