BERITA SEMASA

Agrobank terus dekati komuniti penjaja, peniaga kecil secara langsung

SELANGOR – Agrobank terus mendekati penjaja dan peniaga kecil menerusi sesi libat urus di lapangan bagi mendekati komuniti berkenaan secara lebih langsung.

Sesi anjuran Kementerian Kewangan itu turut disertai Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, adalah selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menggesa institusi kewangan untuk peniaga kecil secara terus bagi membantu mereka mendapatkan modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pendekatan turun padang amat penting bagi memastikan peniaga menerima maklumat jelas mengenai kemudahan kewangan yang tersedia untuk membantu mereka menguruskan aliran tunai serta mengadaptasi pendigitalan.

“Agrobank tidak hanya menunggu pelanggan hadir ke cawangan.

“Melalui produk dan penyelesaian kewangan yang ditawarkan, kami mahu mendekati peniaga di lokasi mereka berniaga, memahami keperluan mereka dan menawarkan sokongan yang praktikal serta bersesuaian dengan skala perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

­

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Menteri Kewangan II dan Dato’ Tengku Ahmad
Badli Shah Raja Hussin Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank menyantuni para
penjaja di Pasar Tani Kelana Jaya.

Sesi tersebut turut memberi ruang kepada para peniaga untuk berkongsi cabaran perniagaan harian mereka termasuk isu peningkatan kos operasi, sewaan tapak, dan akses kepada pasaran.

Sempena program itu, Agrobank turut membuka kaunter bagi menyebarkan maklumat mengenai skim pembiayaan ‘Agro Penjaja-i’ serta penyelesaian kewangan lain yang relevan.

Sehingga kini, Agrobank telah merekodkan lebih 15,000 pengguna sedia ada dalam segmen penjaja dan usahawan mikro, serta komited untuk terus memperkukuh capaian tersebut demi menyediakan akses kewangan yang lebih inklusif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button