Berita Semasa

Terbuka Arctic: 6 wakil Malaysia ke suku akhir

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai enam wakil dalam kejohanan BWF World Tour Super 500 Terbuka Arctic yang akan berlangsung hari ini.

Pemain perseorangan sensasi lelaki utama negara Lee Zii Jia akan turun menentang pemain senegara Leong Jun Hao.

Selain itu, seorang lagi wakil negara dalam perseorangan lelaki, Ng Tze Yong akan turun menentang pemain China, Lu Guang Zu.

Bagi acara beregu lelaki, pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan menentang pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin akan membuat perhintungan dengan jaguh Denmark, Frederik Colberg-Rasmus Fladberg.

Bagi acara beregu campuran, pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan bertemu pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Kesemua perlawanan ini akan berlangsung hari ini bermula pukul 7 petang waktu Malaysia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button