BERITA SEMASADALAM NEGERI

1,000 kes gangguan seksual libatkan lelaki direkodkan – Nancy

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merekodkan kira-kira 1,000 kes gangguan seksual melibatkan lelaki setakat ini, termasuk tiga kes yang telah dibawa ke Tribunal Gangguan Seksual.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, angka itu menunjukkan gangguan seksual bukan hanya melibatkan wanita, malah lelaki juga boleh menjadi mangsa, lapor FMT.

“Jangan anggap hanya wanita menjadi mangsa, lelaki juga tidak mahu diperlakukan sedemikian.

“Sebab itu, kita adakan advokasi ini supaya isu ini sentiasa hidup dan diketahui masyarakat,” katanya selepas melancarkan program Toleransi Sifar Gangguan Seksual: Say No to Sexual Harassment di sini hari ini.

Menurut beliau, program tersebut dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai gangguan seksual serta menggalakkan mangsa tampil mendapatkan bantuan.

Nancy berkata, semua kes gangguan seksual perlu dipandang serius tanpa mengira jantina kerana setiap mangsa berhak mendapat perlindungan dan keadilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button