Lelaki dikhuatiri lemas cuba selamatkan jetski hanyut
LANGKAWI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai cuba mencapai sebuah jetski yang hanyut di tengah laut di Pantai Tengah di sini semalam.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 malam.
Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Mangsa dikenali sebagai Arash Nashran Abdul Maser, 23, dipercayai lemas pada jarak kira-kira 100 meter dari pantai.
“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan jetski yang hanyut di tengah laut sebelum ombak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa juga difahamkan tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku.
“Operasi pencarian awal telah dijalankan di kawasan persisiran pantai bersama orang awam pada malam kejadian sebelum disambung semula pagi Jumaat.
“Operasi diteruskan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mengesan mangsa,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







