BERITA SEMASA

Percutian keluarga berakhir tragedi, kanak-kanak lemas di kolam renang resort

PORT DICKSON – Hasrat sebuah keluarga untuk menikmati percutian bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 4 di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd. Ruslan Mat Kib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Hospital Port Dickson pada pukul 7.26 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa bersama tiga adik-beradiknya mandi di kolam renang resort berkenaan ditemani ibu mereka.

“Keluarga tersebut datang dari Johor dan menginap selama dua hari satu malam di sebuah apartmen persendirian dalam kawasan resort berkenaan.

“Mangsa disedari terjatuh ke dalam kolam oleh abangnya sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.31 malam hari yang sama.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat lemas.

Menurut Mohd. Ruslan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button