Polis tahan suspek disyaki kelar remaja perempuan
PENAMPANG – Polis berjaya menahan lelaki disyaki suspek yang mencederakan seorang remaja perempuan di Kampung Tuntuluk, petang tadi.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang yang menjalankan operasi mengesan suspek kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
BACA JUGA:
Remaja perempuan ditemui berlumuran darah dalam tandas, dipercayai dikelar suspek lelaki
Difahamkan, suspek ditemui ketika sedang bersembunyi dalam kawasan semak di Jalan Kinarut Lama.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun maklumat lanjut akan dikongsi kemudian.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah hari tadi, mangsa, 16, yang juga warga asing ditemui berlumuran darah dalam tandas rumah sewa di kampung terbabit.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu bagi rawatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






