BERITA SEMASA

Lelaki warga Myanmar maut dipercayai terjatuh tasik

KAJANG – Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tebing sebuah tasik di Taman Cheras Prima, di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kyaw Zaw Hein ditemui pada kedalaman kira-kira 1.5 meter dan berada sekitar tiga meter dari tebing tasik berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, kebetulan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berada berhampiran kawasan kejadian dan segera melaksanakan operasi pencarian menggunakan kaedah ‘arch pattern’.

“Mangsa berjaya ditemukan tidak lama kemudian sebelum dibawa naik ke tebing oleh anggota penyelamat.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi tersebut turut dibantu anggota dari BBP Shah Alam dan BBP Klang, melibatkan keseluruhan sembilan anggota serta sebuah jentera.

Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button