MOF selaras semula perbelanjaan operasi kementerian
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat penyelarasan terhadap perbelanjaan operasi semua kementerian dalam usaha kerajaan menyusun semula aktiviti susulan cabaran bekalan global yang masih berterusan.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua kementerian telah dimaklumkan mengenai penyelarasan tersebut oleh MOF.
“Setiap kementerian telah menerima pemakluman daripada Kementerian Kewangan mengenai beberapa penyelarasan terhadap perbelanjaan operasi.
“Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyelaras aktiviti, program dan pelaksanaannya, khususnya ketika Malaysia berdepan cabaran akibat krisis bekalan global,” katanya pada sidang media mingguan, hari ini.
Tambah beliau, panduan awal telah diberikan, namun perincian lanjut akan disusuli melalui perbincangan antara Ketua Setiausaha setiap kementerian bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menyemak semula Belanjawan 2026, Fahmi berkata tiada sebarang cadangan ke arah itu buat masa ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













