Pemain JDT stabil selepas terkena sepakan gunting di muka
KUALA LUMPUR – Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo da Silva cedera di bahagian muka dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), namun dilaporkan stabil oleh pasukan perubatan kelab.
Penyelaras Perubatan JDT mengesahkan pemain itu akan menjalani imbasan lanjut bagi menentukan tahap kecederaannya.
Dalam perlawanan menentang Al-Ahli malam tadi, Jairo terpaksa diusung keluar pada minit ke-39 selepas terkena sepakan di muka.
Insiden berlaku apabila pemain lawan, Ali Majrashi melakukan sepakan gunting bagi mengeluarkan bola namun terkena wajah Jairo pada minit ke-36.

Situasi mencemaskan itu menyaksikan pasukan perubatan bergegas masuk ke padang untuk memberikan rawatan segera.
Akibat kecederaan tersebut, Jairo tidak dapat meneruskan permainan dan digantikan dengan Ager Aketxe.
Dalam masa sama, Ali dilayangkan kad merah susulan insiden berkenaan, sekali gus memaksa pasukannya beraksi dengan 10 pemain.
Sementara itu, akaun media sosial @Johor_Futbol dihujani kata-kata semangat oleh penyokong buat pemain tersebut.
“Comeback stronger, Jairo,” komen @darmawanjuan22.
“Get well soon, Jairo,” tulis @Elmi_k_razak pula.
Penyelaras Perubatan Kelab JDT mengesahkan Jairo da Silva mengalami kecederaan muka dan keadaannya stabil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








