SUKAN

Al Ahli doa kesembuhan buat Jairo

KUALA LUMPUR – Kelab Arab Saudi, Al Ahli menzahirkan doa dan harapan agar penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo da Silva segera pulih daripada kecederaan yang dialami ketika aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam tadi.

Perkara itu dikongsi kelab tersebut menerusi hantaran di Instagram.

“Kelab Al Ahli mengucapkan doa dan harapan agar pemain JDT segera sembuh daripada kecederaan yang dialami semasa perlawanan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bersama hantaran tersebut, turut dimuat naik wakil kelab itu memberikan jambangan bunga buat pemain asal Brazil itu.

jairo
Tangkap layar video penyerang JDT, Jairo da Silva yang dilaporkan stabil selepas mengalami kecederaan di muka pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Al-Ahli malam tadi.

Terdahulu, Jairo dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian bibir, namun berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar hospital.

Dalam perlawanan tersebut, Jairo terpaksa diusung keluar pada minit ke-39 selepas terkena sepakan di muka.

BACA JUGA:

Pemain JDT stabil selepas terkena sepakan gunting di muka

Jairo koyak bahagian bibir, dibenar keluar hospital

Insiden berlaku apabila pemain lawan, Ali Majrashi melakukan sepakan gunting bagi mengeluarkan bola, namun terkena wajah Jairo pada minit ke-36.

Situasi mencemaskan itu menyaksikan pasukan perubatan memberikan rawatan sebelum pemain itu digantikan oleh Ager Aketxe.

jairo
Detik cemas apabila Jairo mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Berikutan insiden berkenaan, Ali dilayangkan kad merah, sekali gus memaksa pasukannya beraksi dengan 10 pemain.

Malam malang buat Ali turut menyaksikan beliau menjaringkan gol sendiri pada minit ke-19 selain dibuang padang susulan kekasaran tersebut.

Meskipun beraksi dengan kekurangan pemain, Al Ahli yang juga juara bertahan bangkit meraih kemenangan menerusi jaringan Franck Kessié pada masa kecederaan babak pertama sebelum Galeno menambah gol kedua pada minit ke-54.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button