BERITA SEMASA

Autisme bukan kekurangan tapi keunikan

PUTRAJAYA – Sempena Hari Autisme Sedunia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menekankan bahawa autisme bukan suatu kekurangan, sebaliknya satu bentuk keunikan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga, masyarakat dan sistem kesihatan.

Dzulkefly menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap individu dalam spektrum autisme.

“Setiap individu berhak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta peluang untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan berdikari.

“Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan prihatin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Dzulkefly turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia dan menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong inisiatif kesedaran dan inklusiviti bagi individu dalam spektrum autisme.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button