Varian baharu Covid-19, XFG dikesan di Malaysia
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai XFG, selepas ia dikesan dalam kalangan kes jangkitan yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35 (ME35) tahun ini, sehingga 6 September lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, varian itu merangkumi 8.2 peratus daripada keseluruhan 43,087 kes yang dilaporkan pada minggu berkenaan.
Menurut beliau, pemantauan genomik mendapati varian NB.1.8.1 kekal mendominasi dengan 39.4 peratus jangkitan, diikuti varian JN.1 (18.1 peratus), varian XEC (13.3 peratus), manakala baki 21 peratus melibatkan lain-lain varian.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah sebenar pesakit yang dijangkiti varian XFG atau tarikh awal ia mula dikesan di Malaysia.
“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024, iaitu penurunan 49.5 peratus. Kes mingguan pula merekodkan 594 kes pada ME35, berkurang 12.8 peratus berbanding 681 kes pada minggu sebelumnya (ME34),” katanya dalam satu hantaran di platform X.
Dalam perkembangan sama, KKM melaporkan satu lagi kematian pada ME35/2025 membabitkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.
Sehingga kini, tiga kematian berkaitan Covid-19 direkodkan pada tahun ini iaitu masing-masing pada ME24, ME30 dan ME35.
Untuk rekod, varian XFG mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu dan diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian bawah pengawasan pada Jun selepas penularannya yang pantas di seluruh dunia.
Ia merupakan rekombinan atau hibrid daripada dua varian Omicron sedia ada, iaitu LF.7 dan LP.8.1.2.
Di Indonesia, Kementerian Kesihatan republik itu (KKRI) sebelum ini mengesahkan XFG sebagai varian dominan susulan peningkatan kes setempat sejak awal Jula
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







