5,642 individu dikompaun kerana merokok di lokasi yang dilarang sejak Akta 852 dilaksanakan
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun ke atas 5,642 individu di seluruh negara kerana kesalahan merokok secara terbuka di lokasi yang dilarang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, angka ini merupakan hasil daripada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang bermula 1 Oktober lepas.
“Setakat 17 Disember lalu, kita sudah pun mengeluarkan kompaun bernilai RM1,370,500 yang melibatkan tiga seksyen di bawah Akta 852 itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman sesawang JomLapor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, sehingga kelmarin sebanyak 1,316 ‘hotspot’ untuk kes kesalahan merokok sudah diadukan oleh rakyat kepada pihak KKM.
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan menyaksikan peningkatan drastik tahun ini bagi tempoh sampai hujung bulan lalu dengan merekodkan 12,153 daripada 9,586 pada 2023.
Mengenai majlis pelancaran hari ini, Dr Dzulkefly berkata, laman sesawang Jom Lapor yang dibangunkan secara bersama antara pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan berkaitan produk dan aktiviti merokok di bawah Akta 852.
Jelas beliau, aduan boleh dibuat secara’anonymous’, disertakan bukti bergambar,serta butiran lokasi kesalahan tanpa memerlukan pendedahan identiti pengadu.
“Laman sesawang ini dibangunkan hasil kerjasama dengan NGO dan badan profesional, bertujuan memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang telah berkuat kuasa sejak 1 Oktober 2024.
“Inisiatif ini mencerminkan pendekatan ‘whole-of-society’ yang menggariskan komitmen Kerajaan MADANI dalam menangani masalah berkaitan merokok secara menyeluruh dan proaktif,” kata Dr Dzulkefly.
Antara kesalahan yang boleh dilaporkan termasuk pengiklanan, promosi atau tajaan produk merokok; penjualan dalam kawasan institusi pendidikan, pasar jualan, secara dalam talian atau menerusi vending machine; dan juga pembungkusan yang tidak mengikut peraturan; penjualan produk merokok yang tidak didaftarkan; penjualan kepada orang belum dewasa (OBD); dan penjualan rokok tidak sah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








