Pemegang lesen perlu aktif untuk nikmati manfaat BUDI95 – JPJ
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan subsidi petrol BUDI95 hanya boleh dinikmati pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang aktif.
JPJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lesen dikira aktif sekiranya tempoh tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh pembaharuan terakhir.
Menurut JPJ, dalam tempoh itu, pemegang lesen masih boleh memperbaharuinya tanpa perlu menjalani sebarang ujian tambahan dan kekal layak menerima subsidi Budi95.
“Sekiranya lesen memandu telah tamat tempoh melebihi 36 bulan, pemegang lesen tersebut tidak lagi layak menerima subsidi BUDI95.
“Pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan secara terus dan pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di mana-mana institut memandu,” menurut kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, JPJ menyeru orang ramai agar memperbaharui lesen dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan kelayakan subsidi terus terpelihara.
JPJ turut menegaskan bahawa setiap individu yang memandu kenderaan bermotor wajib memiliki lesen yang sah sebagai langkah menjamin keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








