PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan ke Jakarta, esok atas jemputan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua pemimpin tersebut dijangka akan menyelaras pendirian dalam mendepani krisis Asia Barat serta cabaran ekonomi global yang semakin meruncing.
Kenyataan itu turut menyebut, lawatan itu bertujuan untuk membincangkan perkembangan geopolitik semasa yang semakin meruncing, khususnya konflik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada kestabilan serantau serta ekonomi global, termasuk implikasinya kepada Malaysia dan Indonesia.
“Perkembangan terbaru ini menuntut perbincangan yang menyeluruh, rapi dan bersepadu antara kedua-dua negara dalam menyelaras pendirian serta memperkukuh kerjasama strategik bagi mendepani situasi ini,” kata kenyataan itu, hari ini.
Anwar dan Prabowo turut dijangka mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan ketegangan selain memastikan kelangsungan laluan perdagangan dan rantaian bekalan global yang kritikal kepada kesejahteraan rakyat.
Pertemuan itu juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok bersatu dan berprinsip supaya mampu bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan serta kestabilan serantau.
Langkah berkenaan dilihat penting bagi menjamin daya tahan ekonomi negara anggota dalam suasana ketidaktentuan global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








