BERITA SEMASA

Jururawat SCN, NICU Hospital Melaka rai Syawal penuh dedikasi di wad

MELAKA – Sekumpulan jururawat Wad Jagaan Khas Bayi (SCN) dan Wad Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Melaka tetap ceria menyambut Aidilfitri walaupun terpaksa bertugas menjaga pesakit.

Dalam suasana serba sederhana tetapi meriah, sebahagian jururawat sempat bergambar bersama dengan latar hiasan bertemakan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ lengkap dengan dekorasi lampu dan ketupat yang menaikkan lagi semangat perayaan.

jururawat
Kakitangan wad berkenaan turut merakam gambar berlatar hiasan perayaan.

Walaupun tidak dapat pulang beraya seperti kebanyakan orang lain, komitmen terhadap tugas tetap menjadi keutamaan mereka khususnya dalam memastikan bayi-bayi yang memerlukan rawatan rapi terus mendapat perhatian terbaik.

Ketua Jururawat, Nor Af’idah Yazed berkata, sambutan Aidilfitri di wad menjadi simbol kekuatan dan semangat berpasukan dalam kalangan petugas kesihatan.

“Walaupun kami bertugas pada hari raya, suasana tetap meriah dengan sokongan rakan sekerja. Kami anggap wad ini seperti keluarga kedua.

“Pengorbanan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk memastikan bayi-bayi di SCN dan NICU mendapat penjagaan terbaik tanpa mengira waktu,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Tambah beliau, momen seperti itu juga penting bagi menguatkan emosi dan motivasi jururawat agar terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Sambutan sederhana itu bukan sahaja menceriakan petugas, malah turut memberi ketenangan kepada ibu bapa bayi yang sedang menerima rawatan, sekali gus menyemai rasa syukur dan kebersamaan dalam suasana Syawal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button