Tanpa fikir soal dosa pahala, PAS sanggup tunggang agama – Razlan
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menyelar tindakan pemimpin PAS yang sanggup menggunakan apa saja saja isu demi kepentingan mereka tanpa memikirkan soal dosa dan pahala.
Razlan berkata, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan “rugi kalau tidak ambil peluang” terhadap kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan pemimpin PAS sanggup menunggang agama demi kepentingan mereka.
“Inilah kelakuan contoh kononya seorang yang saban hari dikatakan berjuang atas agama, seharusnya beliau ini mengkaji keseluruhan kes sebelum nak mengambil peluang semberono terhadap apa sahaja isu tanpa periksa fakta.
“Nampaknya, orang seperti ini akan menggunakan apa sahaja isu yang datang tanpa melihat dosa fitnah.
“Selalu berkata soal mahkamah dunia dan akhirat, namun bila datang satu pertembungan kepentingan parti, di antara kebenaran dan kebatilan, beliau memilih untuk kepentingan parti dibanding dengan kebatilan. Soal takwa dan iman semua sudah boleh di letak tepi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan akan dijadikan ‘senjata’ oleh pembangkang.
Isu itu akan digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti.
“Saya rasa ia sebahagian daripada bahan kempen, siapa yang tidak ambil peluang ini rugi. Ini bola tanggung, bagi saya apa-apa isu yang menyebabkan kepentingan negara dan awam kita akan bawa dan saya yakin kerajaan tahu isu ini,” katanya seperti dilaporkan media.
Sementara itu Razlan berkata, ada banyak fakta dalam mahkamah menerangkan apa sebenarnya kes yang dihadapi Ahmad Zahid membabitkan dana yang digunakan atau disalurkan kepada aktiviti keagamaan seperti, membina masjid, membina ahfiz dan sumbangan meningkatkan pembanggunan agama Islam.
“Orang PAS memang suka mempergunakan agama demi kepentingan diri mereka, ini semua boleh dilihat apabila pertembungan kepentingan dunia (parti) dan akhirat. Mereka akan memilih Dunia dari akhirat, suka memaki hamun, suka menyebar fitnah, mempergunakan hadis dan ayat al-Quran atas kepentingan mereka untuk mempengaruhi masyarakat, bukan untuk mendidik.
“Dari awal lagi PAS tahu bahawa kes-kes ini merupakan kezaliman terhadap pemimpin UMNO untuk melemahkan parti UMNO, mencalar imej UMNO untuk mengkuburkan UMNO.
“Namun, apabila mendapat jawatan Kabinet bersama Bersatu, lupa sudah perjuangan kebatilan dan kebenaran, asal ada untung dunia untuk PAS, mereka akan memilih dunia,” kata Razlan yang juga salah seorang Setiausaha politik kepada Ahmad Zahid.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








