Penyebar fitnah program KPM di gereja digesa tampil mohon maaf
SEBERANG JAYA – Pihak yang menyebarkan kenyataan fitnah mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan program di sebuah gereja digesa supaya tampil membuat permohonan maaf.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar kerana sesi libat urus tersebut sebenarnya diadakan di dewan sebuah sekolah antarabangsa.
Menurut beliau, program berkenaan merupakan sesi libat urus melibatkan pemegang taruh sekolah dan prasekolah swasta, yang berlangsung dalam suasana perbincangan yang baik serta menggunakan fasiliti sekolah.
“Program itu diadakan di sekolah antarabangsa dengan sesi libat urus bersama pemegang taruh sekolah dan prasekolah swasta. Ia berlangsung di dalam dewan dan bukannya di gereja seperti yang didakwa.
“Kita menafikan kenyataan tersebut dan meminta pihak yang membuat dakwaan berkenaan memohon maaf kerana majlis itu dihadiri ramai pemegang taruh dan dakwaan itu sama sekali tidak benar,” katanya selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Madani Ihya’ Ramadan KPM 2026 di sini.
Baca juga : SLU tadika swasta diadakan di dewan sekolah, bukan gereja – KP Pendidikan
Fadhlina berkata penyebaran kenyataan bersifat jahat itu tidak wajar berlaku, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan kerana berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan kononnya sesi libat urus yang dianjurkan KPM berlangsung di sebuah gereja, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Fadhlina berkata, penyebaran kenyataan bersifat jahat itu tidak wajar berlaku, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan kerana berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








