BERITA SEMASA

7 guru letak jawatan, 51 lagi tidak lapor diri di Sarawak

KUCHING – Jabatan Pendidikan Sarawak mengesahkan seramai tujuh guru yang dilantik melalui inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletakkan jawatan, manakala 51 lagi tidak melapor diri selepas menerima tawaran penempatan.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca keputusan itu termasuk ditawarkan pekerjaan lain, menolak lokasi penempatan serta masalah peribadi.

“Antara faktor utama calon tidak melapor diri dan meletakkan jawatan ialah kerana mereka telah mendapat tawaran kerja lain, enggan menerima penempatan ditawarkan dan turut melibatkan isu peribadi,” memetik laporan Kosmo online.

Menurut Omar, sehingga November 2025, seramai 1,219 guru telah ditempatkan di Sarawak melalui inisiatif berkenaan, dengan 957 guru dihantar ke sekolah rendah dan 262 lagi ke sekolah menengah.

Beliau berkata, unjuran pengisian guru selepas penempatan bagi November 2025 menunjukkan jurang kekosongan di sekolah rendah dan menengah semakin mengecil dengan kadar pengisian mencapai 98.59 peratus.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan hampir 53,000 guru baharu telah dilantik dalam tempoh hampir tiga tahun, menjadikan kadar pengisian guru di sekolah seluruh negara melebihi 98 peratus satu tahap pengisian tertinggi setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button