BERITA SEMASA

JPNT siasat video tular guru pukul kepala murid

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sedang menyiasat dakwaan seorang guru memukul kepala murid di sebuah sekolah rendah, di sini semalam.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman@Abdullah berkata, pihaknya belum boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan.

Beliau turut mengesahkan pihaknya sudah melaksanakan tindakan awal susulan rakaman video berdurasi 41 saat mengenai seorang guru memukul kepala dan menolak seorang murid di sekolah itu, yang menjadi tular sejak semalam.

“Kita difahamkan kejadian itu berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape kira-kira jam 10 pagi semalam,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Difahamkan, video insiden itu dirakamkan guru daripada sekolah itu dan dimuatnaik di satu akaun di laman Facebook sejak semalam.

Turut difahamkan, guru itu bertindak memukul kepala dan menolak murid atas kesalahan tidak berdiri tegak ketika perhimpunan diadakan.

Guru yang merakamkan video itu dikatakan tidak bersetuju dan kurang senang dengan tindakan dan kaedah pentadbiran sekolah berkenaan.

Seorang guru yang enggan namanya disiarkan berkata, dua murid lelaki yang hanya melakukan kesalahan tidak berdiri tegak dipukul guru berkenaan pada perhimpunan itu.

“Biarlah nak saman atau nak kena apapun, kita nak muat naik juga, tiada niat nak buka aib, tetapi untuk dijadikan peringatan kepada orang.

“Mu cikgu ke, guru besar ke atau penolong kanan (PK), tak kisahlah, kita bukannya bertujuan nak mengaibkan, tetapi dia yang mengaibkan diri sendiri,” komen beberapa pengikut akaun tersebut berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button