GAYA HIDUP

584 bakal ibu bapa sertai kelas antenatal SALAM Shah Alam, 80 peratus tunggu anak sulung

SHAH ALAM – Seramai 584 peserta menyertai enam kelas antenatal anjuran SALAM Shah Alam Specialist Hospital sepanjang tahun ini, dengan 80 peratus daripadanya merupakan bakal ibu bapa yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

Penyertaan itu mencerminkan kepentingan pendidikan kesihatan ibu dan anak dalam membantu pasangan membuat persediaan menghadapi pengalaman keibubapaan, khususnya bagi mereka yang pertama kali melalui fasa berkenaan.

Hospital berkenaan menerusi kenyataan memaklumkan, program Kelas Antenatal MEGA 2026 yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam pada 18 Oktober lalu menjadi penutup kepada siri kelas antenatal bagi tahun ini.

Program itu menghimpunkan bakal ibu bapa untuk mendapatkan panduan berkaitan kehamilan, persediaan kelahiran, pemakanan ibu hamil, penyusuan susu ibu serta penjagaan bayi baharu lahir.

Selain perkongsian ilmu, peserta turut mengikuti demonstrasi praktikal bagi meningkatkan pengetahuan dan keyakinan mereka dalam menghadapi proses kelahiran serta penjagaan bayi.

Ketua Pegawai Eksekutif SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Akim Affandi Ahmad berkata, kelas berkenaan adalah antara usaha hospital memastikan ibu dan bapa mempunyai persediaan menyeluruh sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran, khususnya dari aspek perubatan.

“Kelas Persediaan Ibu Mengandung ini adalah salah satu usaha hospital bagi memastikan ibu dan bapa bersedia sepenuhnya sebelum, semasa hingga proses kelahiran selesai, khususnya dalam konteks perubatan.

“Atas permintaan berterusan daripada masyarakat, program ini akan diteruskan pada tahun 2027 dengan modul yang lebih komprehensif, termasuk pendidikan keselamatan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) oleh ibu bapa, selaras dengan keperluan keselamatan jalan raya yang berkaitan,” katanya.

Baca juga : SALAM Shah Alam, MAHSA University jalin kerjasama perkukuh sektor kesihatan

antenatal
Peserta mengikuti demonstrasi praktikal berkaitan penjagaan bayi baharu lahir dalam program Kelas Antenatal MEGA 2026 bagi meningkatkan pengetahuan dan keyakinan sebelum menyambut kelahiran cahaya mata.

Dalam perkembangan berkaitan, hospital itu turut memaklumkan kerja penambahbaikan wad bersalin dan wad kanak-kanak sudah selesai dilaksanakan bagi menyediakan persekitaran lebih selesa kepada pesakit serta pelawat.

Sementara itu, SALAM Shah Alam menawarkan pakej bersalin bermula RM2,699 yang sah sehingga 31 Disember ini.

Pakej berkenaan turut merangkumi kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) percuma serta kredit RM50 bagi pembukaan akaun Tabung Haji di Cawangan Shah Alam, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dua pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di hospital itu juga bersedia memberikan penjagaan profesional kepada bakal ibu sepanjang proses menyambut kelahiran.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan penurunan 4.5 peratus kepada 396,175 pada 2025 berbanding 414,918 pada tahun sebelumnya.

Seiring perkembangan itu, SALAM Shah Alam menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh pendidikan kesihatan dan persediaan keibubapaan demi kesejahteraan keluarga serta generasi masa hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button