JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan penganggur disyaki rasuah polis trafik

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penganggur kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM1,500 kepada anggota polis trafik sebagai balasan tidak mengambil tindakan dan membebaskan rakannya seorang warga Indonesia.

Menurut sumber, suspek wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat, Johor.

Sumber tersebut memberitahu, suspek dipercayai memberi wang rasuah secara tunai kepada anggota polis trafik supaya tidak mengambil tindakan dan melepaskan rakannya, seorang warga Indonesia yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen iaitu memiliki pasport yang telah tamat tempoh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button