LUAR NEGARA

4 terbunuh dalam ‘perang’ persatuan teksi

CAPE TOWN – Sekumpulan lelaki bersenjata bertindak menembak mati empat individu dalam satu kejadian di sebuah perhentian teksi, bandar Johannesburg kelmarin.

Portal berita Channels TV melaporkan kejadian tembakan berlaku sehari selepas insiden yang menyebabkan tiga orang terkorban di kawasan berhampiran.

Jurucakap Polis Afrika Selatan, Kolonel Dimakatso Nevhuhulwi berkata, sebuah kenderaan yang dinaiki sekumpulan lelaki bersenjata berhenti di kawasan Jeppestown, Johannesburg pagi kelmarin.

“Ia menyebabkan seorang pemandu teksi, penyelaras barisan penumpang dan dua peniaga terbunuh. Tiga mangsa yang cedera termasuklah pemandu teksi, penumpang dan pelajar universiti.

“Serangan ini disyaki berkait dengan konflik dalaman industri teksi,” tambahnya.

Menurut portal berita itu lagi, kejadian berkenaan dikatakan mempunyai kaitan dengan persaingan sengit antara persatuan-persatuan teksi yang dicemari keganasan dan pembunuhan.

Kejadian dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap yang mahu menguasai perusahaan teksi yang telah menguntungkan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button