BERITA SEMASA

23 aktivis Malaysia selamat tiba di Istanbul

KUALA LUMPUR – Seramai 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Istanbul, Turkiye, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua mereka akan diberikan pemeriksaan kesihatan serta sokongan menyeluruh termasuk aspek psikologi sebelum dibawa pulang ke tanah air.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Turkiye.

“Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut beliau, jentera kerajaan yang dikendalikan Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa pulang kesemua aktivis tersebut ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT,” katanya lagi.

Misi GSF disertai ratusan aktivis antarabangsa bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, namun beberapa peserta termasuk dari Malaysia ditahan pihak berkuasa Israel sebelum dibebaskan melalui saluran diplomatik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button