14 suspek kes remaja maut diseksa didakwa hari ini
GURUN – Seramai 14 suspek termasuk dua remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Gurun pada Khamis berhubung kes kematian seorang remaja lelaki yang mayatnya ditemukan di Jalan Harvard, di sini, tujuh hari lalu.
Semua suspek warga tempatan berusia antara 16 hingga 24 tahun itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Haikal, 18, ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan pada kepala dan muka pada 8 Oktober lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah sebelum ini memaklumkan mangsa dipercayai dikurung selama dua hari, selain diseksa dan digunting rambutnya selepas dituduh mencuri motosikal.
“Mangsa turut dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul sehingga meninggal dunia sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan di lokasi berkenaan.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan pada kepala disebabkan hentakan objek tumpul,” memetik BH online.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








