BERITA SEMASA

Ziarah Kasih Maulidur Rasul: Lebih 60 pesakit terlantar terima zakat

SIK – Lebih 60 pesakit terlantar di sekitar 20 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek di sini menerima sumbangan zakat menerusi program Ziarah Kasih Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Muafakat Anak Muda Sik Kedah (PEMASIK).

ziarah kasih
Pengerusi PEMASIK, Azran Fitri Abdul Rahim menyampaikan sumbangan zakat kepada Hasim Jaafar yang terlantar akibat strok di Perumahan KEDA Gulau, Sik Jumaat lalu.

Pengerusi PEMASIK, Azran Fitri Abdul Rahim berkata, program yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu itu dilaksanakan dengan kerjasama seorang usahawan muda dari Kuala Lumpur serta sokongan pemimpin setempat.

“Setiap pesakit menerima sumbangan tunai sebanyak RM500. Kami berterima kasih kepada usahawan yang tampil membantu dan mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki serta terus berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penganjuran program itu bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul yang bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya ruang untuk bermuhasabah terhadap ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Pendekatan ini membolehkan kita mendekati golongan yang memerlukan, khususnya pesakit yang terlantar sakit sekian lama. Ia memberi peluang kepada semua pihak menilai kembali amalan harian agar sambutan Maulidur Rasul lebih bermakna.

ziarah kasih
Pengerusi PEMASIK, Azran Fitri Abdul Rahim (kiri) bersama Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid An-Naim, Kg. Namek, Mohd. Nasir Romli menziarahi Mohd. Nasir Hammid (dua dari kanan) yang terlantar akibat strok di Kampung Charuk Damar.

“Kami berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung penerima,” katanya lagi.

Azran Fitri turut menyeru lebih banyak pihak tampil bekerjasama dengan PEMASIK bagi memperluas bantuan kepada golongan yang memerlukan di daerah Sik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button