BERITA SEMASA

Zahid sertai Pemuda UMNO solat Subuh berjemaah, dengar aspirasi anak muda

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dan bersarapan bersama di Yayasan Al-Falah, awal pagi tadi.

Menurut beliau, program itu memberi ruang untuk beliau mendengar sendiri perkembangan semasa serta aspirasi golongan muda dalam parti menjelang ucapan yang bakal disampaikan petang ini.

pemuda umno
Dr Akmal berucap pada majlis tersebut.

Katanya, Pemuda UMNO yang diketuai Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh telah berada di Yayasan Al-Falah sejak semalam dengan bermalam serta mengisi masa menerusi qiamullail.

“Semalam kita ber-pickleball, hari ini saya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menunaikan solat Subuh berjemaah dan bersarapan bersama.

“Alhamdulillah, dalam ruang pagi ini saya sempat mendengar sendiri perkembangan dan aspirasi mereka. Insya-Allah, apa yang saya lihat dan dengar ini akan menjadi sebahagian daripada intipati yang akan saya kongsikan dalam ucapan saya petang nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button