JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditemukan maut dalam tandas sekolah

SERIAN – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas sebuah sekolah di Batu 32, Jalan Baki Lama, di sini, semalam.

Mangsa ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.30 petang.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang diketuai Rosnani Malong bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 4.43 petang.

“Setibanya bomba di lokasi pada 4.43 petang, didapati seorang lelaki dewasa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah.

“Pasukan terpaksa membuka pintu tandas menggunakan peralatan khas bagi membolehkan anggota memasuki ruangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu tandas bagi membolehkan mereka memasuki ruang berkenaan.

Selepas mangsa disahkan meninggal dunia, mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kematian lelaki itu masih belum diketahui.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button