AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASADALAM NEGERI

YTL Green Data Centre di Kulai perkukuh kedudukan Malaysia selaku hab AI ASEAN

KUALA LUMPUR – YTL Green Data Centre di Kulai, Johor, kini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai hab kecerdasan buatan (AI) serta pusat kecemerlangan AI di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, pusat data berkenaan merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Bhd dengan syarikat peneraju teknologi global, NVIDIA, dalam membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau.

“Projek mega bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja akan melahirkan model bahasa besar (LLM) berdaulat Malaysia, malah merangsang pembangunan bakat dan kepakaran tempatan.

“Ia turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi seperti saintis data dan jurutera AI,” katanya menerusi catatan di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, YTL kini disenaraikan sebagai salah satu daripada lima rakan NVIDIA Cloud Partner di dunia, bersama gergasi teknologi global lain termasuk Amazon Web Services (AWS), Google Cloud, Microsoft Azure dan Oracle Cloud.

“Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, bukan sekadar sembang kosong. Potensi yang ada kini berjaya direalisasikan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button