PN nafi PAS tidak bantu kempen PRK Mahkota
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menafikan jentera PAS tidak turun padang membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, jentera PAS sudah berkampung di DUN Mahkota sebelum hari penamaan calon lagi bagi menggerakkan kempen.
“Tak betul tohmahan pihak lawan bahawa PAS tidak kelihatan di lapangan untuk membantu calon.
“Timbalan dan Naib Presiden PAS telah berada di Mahkota untuk membantu kempen, begitu juga Ketua Dewan Ulama PAS dan Ketua Pemuda PAS sudah ada di Mahkota.
“Malah Adun Tanjung Lumpur dan Maharani pun ada untuk membantu kempen, begitu juga jentera daripada Muslimat PAS,” katanya memetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program makan tengah hari Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama media di Taman Seri Impian hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, semua parti dalam PN bergerak dalam satu pasukan atas tiket gabungan itu.
“Selain PAS, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) juga membantu calon PN berkempen,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















