BERITA SEMASA

You pau, you out – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Hannah Yeoh
menegaskan beliau tidak akan berkompromi dalam memerangi kartel yang cuba merosakkan negara khususnya di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu menerusi satu hantaran menerusi laman Facebooknya berkata, mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian akan dipastikan dibuang.

“Lawan kartel: You pau, you out,” tegasnya.

Semalam Hannah mengarahkan siasatan segera berhubung dakwaan salah laku melibatkan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Arahan itu termasuk meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis.

Tindakan diambil susulan tular rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan dua individu meminta wang daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button