BERITA SEMASA

Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam konflik di Venezuela

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap dalam konflik di Venezuela setakat ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa berikutan serangan ketenteraan di ibu negara Venezuela, Caracas, hari ini.

“Kementerian Luar sedang mengumpul maklumat dan perkembangan semasa berhubung kejadian itu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga Malaysia kekal menjadi keutamaan kami.

“Setakat ini, kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung mana-mana warga Malaysia yang terjejas dalam kejadian tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Venezuela ketika letupan menggegarkan ibu negara Caracas awal pagi tadi.

Serangan itu berlaku susulan ancaman berbulan-bulan oleh Presiden AS, Donald Trump terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

Kerajaan Venezuela menyatakan serangan turut berlaku di negeri Miranda, Aragua dan La Guaira, yang memaksa Maduro mengisytiharkan darurat nasional dan menggerakkan pasukan pertahanan ke seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button