Warga Pakistan maut, Perodua Aruz rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala rakan senegaranya cedera parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.43 malam.
Menurutnya, insiden membabitkan dua mangsa warga Pakistan yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang dalam sebuah Perodua Aruz selepas kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok plaza tol terbabit.
“Mangsa pertama yang duduk di bahagian penumpang berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
“Mangsa kedua yang memandu kenderaan itu pula berjaya dikeluarkan pada pukul 11.15 malam menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera parah dikenal pasti sebagai Zafar Iqbal, 42.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








