Warga maya zahir penghargaan, puji usaha Anwar kemudi kepengerusian ASEAN
KUALA LUMPUR – Sekeping gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook rasminya tanpa sebarang kapsyen, sebaliknya hanya disertai satu noktah (.), mencuri perhatian warga maya semalam.
Hantaran itu memaparkan Anwar sedang membersihkan cermin mata ketika berada dalam kenderaan, namun tetap menarik ribuan reaksi daripada pengguna media sosial.
Setakat ini, hantaran berkenaan menerima lebih 49,000 tanda suka dan 4,000 komen, kebanyakannya memuji ketokohan serta ketabahan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
Rata-rata pengguna menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan tabah menghadapi cabaran serta kritikan, terutama selepas kejayaan Malaysia mengemudi Kepengerusian ASEAN 2025, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang berakhir semalam.
Pengguna Facebook, Naufal Nabihann menzahirkan penghargaan terhadap kerja keras dan pengorbanan Anwar yang sentiasa mendahulukan rakyat, selain mengagumi semangat beliau berdepan cabaran.
“Terima kasih PMX atas kerja keras dan pengorbanan yang dicurahkan untuk Malaysia. Ketabahan dan kekuatan Datuk Seri dalam menghadapi cabaran benar-benar memberi inspirasi kepada kami,” katanya.
Baca juga : Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tamat, pemimpin serantau berlepas pulang
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook Devanbu M. Siluvaiyah pula berpendapat pengalaman Anwar semasa dipenjara menjadikannya lebih memahami nilai kemanusiaan.
“Tahun-tahun dalam penjara menjadikan Datuk Seri lebih mengenali erti kemanusiaan berbanding ramai ahli politik lain. Datuk Seri istimewa kerana berpegang pada prinsip dan tekad untuk membawa perubahan demi Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








