Wan Saiful tidak perlu kosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor – BERSATU Pahang
KUANTAN – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dipecat daripada BERSATU, kelmarin, tidak perlu mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.
Pengerusi BERSATU Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah berkata, Wan Saiful tidak perlu mengosongkan kerusi berkenaan kerana beliau tidak meletak jawatan dalam parti, sebaliknya dipecat oleh Lembaga Disiplin BERSATU.
“Perlu dijelaskan bahawa Wan Saiful tidak melompat parti, sebaliknya dikenakan tindakan disiplin.
“Oleh itu, beliau tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimennya.
“Saya menyeru semua pihak supaya bertenang dan tidak memburukkan lagi keadaan,” katanya, hari ini.
Semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Zakwan Mustafa Kamal, menggesa Wan Saiful yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
Laporan media sebelum ini menyebut, Wan Saiful bersama empat lagi iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi dipecat daripada BERSATU setelah didapati didapati melanggar perlembagaan serta kod etika parti.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, digantung hak keahliannya bagi tempoh satu penggal.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor penggal pertama itu mengakui mengumpulkan tandatangan daripada 120 ketua bahagian Bersatu untuk satu akuan berkanun, namun menafikan sebarang cubaan menggulingkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















