Wan Ahmad Fayhsal kini dipecat daripada BERSATU
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, yang sebelum ini digantung keahliannya dalam BERSATU, kini dipecat secara rasmi kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti itu.
Notis pemecatan serta-merta yang bertarikh hari ini dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan.
Tindakan itu menyusuli pemecatan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain Wan Ahmad Fayhsal dan Hamzah, dua lagi ahli Parlimen turut dipecat iaitu Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).
Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti dilaporkan bagi memastikan keahlian Hamzah digantung atau dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Tan Sri Muhyiddin.
Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang Parlimen, turut didakwa terbabit dalam usaha mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk mengambil alih dan menukar kepimpinan parti.
Sejak beberapa bulan lalu, BERSATU telah mengambil tindakan tegas terhadap ramai pemimpinnya yang terbabit dalam gerakan sama, sebagai langkah mengekang sebarang percubaan menggugat kepimpinan sedia ada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








