BERITA SEMASASUKAN

Tewas 0-4, jurulatih Vietnam akui Harimau Malaya lebih unggul

KUALA LUMPUR – Kekalahan besar 0-4 kepada Malaysia dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia menjadi tamparan hebat buat Vietnam, dengan ketua jurulatihnya, Kim Sang-sik mengakui pasukannya gagal menyaingi keampuhan Harimau Malaya.

Kim berkata, beliau terkejut dengan kekalahan besar itu, sambil menegaskan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang mengecewakan tersebut.

“Ia keputusan yang tidak dijangka. Saya tahu penyokong cukup kecewa dan saya bertanggungjawab dengan kekalahan ini. Dalam perlawanan ini Malaysia sangat kuat.

“Mereka ramai pemain dari luar negara. Itu fakta kami perlu terima,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Baca juga : “Ada yang kata Harimau Malaya tidak mampu tewaskan Vietnam, tapi kami buktikan”

Dalam perlawanan penuh bergaya itu, skuad negara berjaya membenam Vietnam menerusi jaringan Joao Vitor Figueireido, Ramon Machado (Holgado), Corbin Ong dan Dion Cools.

Untuk rekod, kali terakhir skuad kebangsaan berjaya menewaskan Vietnam dengan kemenangan 4-2 adalah pada Piala AFF pada Disember 2014.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button