BERITA SEMASADALAM NEGERI

Video tawar pelaburan salah guna identiti Agong dikesan

KUALA LUMPUR – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) hari ini mengeluarkan amaran berhubung penularan sebuah video memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dipercayai hasil teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim, video terbabit telah disebarkan melalui Facebook.

Ia kononnya menampilkan suara Seri Paduka Baginda berkaitan satu tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan kepada orang ramai.

ā€œPejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor mengesan terdapat akaun video palsu di dalam Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi AI memaparkan wajah serta suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,ā€ menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang disebarkan oleh akaun-akaun palsu tersebut yang dipercayai dimanipulasi oleh sindiket penipuan siber.

ā€œOrang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,ā€ tegas kenyataan itu lagi.

RPO juga menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat menurut peruntukan yang ditetapkan.

Pihak istana turut mengingatkan agar orang ramai merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan sebarang kenyataan atau maklumat sahih berkaitan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button