Agong berangkat ke UAE sempena lawatan khas jemputan Presiden
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Disember atas jemputan Presiden negara itu, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Menurut kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim, ia merupakan lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke UAE sejak dimasyhurkan sebagai YDPA.
“Pesawat khas membawa Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9 pagi,” katanya.
Turut hadir di Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani serta Pengelola Bijaya Diraja Johor, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.
Lawatan khas itu dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu, khususnya dalam mempererat hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








