BERITA SEMASA

Malaysia-UAE bangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui bernilai RM38 bilion – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjalinkan kerjasama melalui perjanjian persefahaman pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC).

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga akan meluluk ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh diperbaharui antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-MASDAR.

“Memorandum Persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai AS$8 bilion (RM38 bilion) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia menjelang 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Perdana Menteri hari ini dalam rangka lawatan kerja ke UAE dengan pertemuan bersama Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al Shati’.

Sesi itu merupakan ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait selain perbincangan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.

Khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan, dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara untuk masa depan yang mampan dan makmur.

Sementara itu, Anwar berkata, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dilantik sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC) manakala Rashid Alblooshi, Naib Presiden Kanan Mubadala Energy mewakili UAE.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button