BERITA SEMASA

PM zahir rasa simpati atas bencana banjir di Brazil

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati kepada seluruh rakyat Brazil yang sedang berhadapan dengan bencana banjir.

“Mendoakan urusan dan operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar dan Brazil kembali pulih dan gagah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan kesejahteraan semua rakyat Brazil bagi mengharungi ujian dan cabaran ketika ini.

Pada masa sama, beliau berharap agar urusan dan operasi mencari dan menyelamat itu berjalan dengan lancar.

Dalam bencana banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun itu, kota Eldorado do Sul dan Rio Grande do Sul menjadi tempat paling terkesan dan telah mengorbankan seramai lebih 85 orang.

Susulan dengan itu, seramai 115,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Seluruh bandar di kota yang terjejas ditenggelami air susulan hujan lebat yang berlanjutan sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa di selatan Brazil berusaha untuk menyelamatkan mangsa banjir dan tanah runtuh yang sedang melanda rantau itu.

Dalam pada itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva berjanji, kerajaan akan menyediakan semua sumber yang diperlukan untuk pembinaan semula bandar terjejas dan membantu orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button