[VIDEO] JAIS siasat aktiviti senam aerobik berbaju kurung tanpa kain
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat satu aktiviti senaman aerobik susulan penularan rakaman video tersebut di media sosial, hari ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, rakaman didakwa mengandungi elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam itu, dipercayai berlaku di Bukit Badong, dekat sini.
@malaysiatribune JAIS memandang serius perkara tersebut kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek adab di tempat awam, malah berpotensi mencemarkan imej agama Islam. #malaysiatribune #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #beritasemasa #malaysiatribune
Jelas beliau, JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
“Hal ini kerana selain sangat tidak beradab, aktiviti itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“JAIS juga sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Susulan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian hotline JAIS 1800-88-2424.
Terdahulu, tular tangkap layar gambar di aplikasi TikTok memaparkan beberapa individu termasuk wanita sedang melakukan aktiviti dipercayai senaman aerobik dengan berbaju kurung tanpa kain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








